Monday 22 August 2011

Lawatan Yang Berhormat Datuk Raime Unggi Ahli Parlimen P181 Tenom ke sekolah baru SMK Chinta mata pada 22 Ogos 2011  sekitar jam 10 pagi...















Sunday 21 August 2011

PENGAGIHAN LAPTOP 1 MALAYSIA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN


“ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”

Saturday 20 August 2011

Jadual waktu ujian formatif 2 (OGOS) 2011


HARI
WAKTU
KELAS
12.40-1.30
1.30-
2.30
2.40 -3.40
3.40- 4.10
4.10 -5.10
ISNIN
1UMS 1USM 1UKM
PERHIMPUNAN
BAHASA MELAYU
SAINS
R
PENDIDIKAN   SIVIK & KWRGANEGARAAN
SELASA
1UMS 1USM 1UKM
AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA
BAHASA INGGERIS
KEMAHIRAN HIDUP
E
SEJARAH
RABU
1UMS 1USM 1UKM
AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA
MATEMATIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL
H
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
KHAMIS
1UMS 1USM 1UKM
AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA
AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA
PENDIDIKAN
ISLAM/ MORAL

A
T
GEOGRAFI

Friday 12 August 2011

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN





Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.
Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.
Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.
Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.

Pertama
Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

Kedua
Ppastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk tuang kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga
Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Keempat
Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima
Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.

Keenam
Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.

Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

Thursday 11 August 2011

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PANITIA BAHASA ENGLISH YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PANITIA BAHASA ENGLISH SMK CHINTA MATA..PADA 25-29 JULAI 2011. ANTARA TELATAH PELAJAR SEPANJANG AKTIVITI BERLANSUNG..kita tgk gambar siapa yang kena...



KEPADA SEMUA PELAJAR SMK CHINTA MATA UJIAN FORMATIF 2
AKAN DIADAKAN PADA  22-26 OGOS 2011