Saturday, 12 November 2011
Monday, 22 August 2011
Lawatan Yang Berhormat Datuk Raime Unggi Ahli Parlimen P181 Tenom ke sekolah baru SMK Chinta mata pada 22 Ogos 2011 sekitar jam 10 pagi...
Sunday, 21 August 2011
Saturday, 20 August 2011
Jadual waktu ujian formatif 2 (OGOS) 2011
HARI | WAKTU KELAS | 12.40-1.30 | 1.30- 2.30 | 2.40 -3.40 | 3.40- 4.10 | 4.10 -5.10 |
ISNIN | 1UMS 1USM 1UKM | PERHIMPUNAN | BAHASA MELAYU | SAINS | R | PENDIDIKAN SIVIK & KWRGANEGARAAN |
SELASA | 1UMS 1USM 1UKM | AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA | BAHASA INGGERIS | KEMAHIRAN HIDUP | E | SEJARAH |
RABU | 1UMS 1USM 1UKM | AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA | MATEMATIK | PENDIDIKAN SENI VISUAL | H | PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN |
KHAMIS | 1UMS 1USM 1UKM | AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA | AKTIVITI GURU BERTUGAS /PANITIA | PENDIDIKAN ISLAM/ MORAL | A T | GEOGRAFI |
Friday, 12 August 2011
TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.
Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.
Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.
Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.
Pertama
Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.
Kedua
Ppastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk tuang kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.
Ketiga
Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Keempat
Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.
Kelima
Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.
Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.
Keenam
Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.
Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.
Thursday, 11 August 2011
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PANITIA BAHASA ENGLISH YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PANITIA BAHASA ENGLISH SMK CHINTA MATA..PADA 25-29 JULAI 2011. ANTARA TELATAH PELAJAR SEPANJANG AKTIVITI BERLANSUNG..kita tgk gambar siapa yang kena...
KEPADA SEMUA PELAJAR SMK CHINTA MATA UJIAN FORMATIF 2
AKAN DIADAKAN PADA 22-26 OGOS 2011
Thursday, 14 July 2011
Pada 14 Julai 2011 merupakan hari terakhir Cik Jasita Jaikol yang telah berkhidmat sebagi guru ganti di SMK Chinta Mata..Terima kasih dari kami warga SMK Chinta Mata di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.. Semoga kenangan sepanjang di sini tidak akan dilupakan..
Rela yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan sepanjang larian
pendaftaran pelajar sebelum larian bermula
renggangan otot dilakukan..macam-macam pusingan ada....
meredah hutan rimba untuk sampai ke garisan penamat
semangat!!!!!!!
Kamilah juara............
saat penghujung larian
gandingan guru dan ibu bapa yang terlibat
orang kuat Chinta Mata
letih tapi menyeronokkan...............
Larian serentak 1Murid 1Sukan SMK Chinta Mata
Pada 2 Julai 2011 jam 7 pagi semua pelajar dan guru gabungan antara SMK Chinta Mata dan SK Chinta Mata turut sama mengadakan larian serentak 1Murid 1Sukan. Sebelum acara larian bermula, diadakan aerobik....dengan diadakan program sebegini bukan sahaja dapat mencergaskan kesihatan malah ia turut merapatkan hubungan silaturahim di antara warga sekolah...antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlansung.....
pendaftaran pelajar sebelum larian bermula
semangat!!!!!!!
Kamilah juara............
saat penghujung larian
gandingan guru dan ibu bapa yang terlibat
orang kuat Chinta Mata
letih tapi menyeronokkan...............
jangan diambil ye pisang di kebun tu..lari je...
LARIAN 1 MURID 1 SUKAN
Saturday, 14 May 2011
LAGU TEMA HARI GURU 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
Tuesday, 26 April 2011
Sunday, 24 April 2011
Kaedah Belajar
Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka untuk menduduki peperiksaan kelak. Di sini saya ingin kongsikan sedikit cara belajar yang pernah diamalkan oleh mereka yang telah berjaya dengan cemerlang.
1) MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum.
Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.
2) TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik.
Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita.
Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.Pastikan meja belajar menghadap ke arah kiblat.
3) NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat. Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami.
Salah satu cara terbaik untuk membuat nota adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.

Thursday, 31 March 2011
Selamat menduduki ujian kepada semua pelajar SMK Chinta Mata..semoga kejayaan anda kali ini akan menjadi permulaan untuk kejayaan yang seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)