Tuesday, 28 October 2014
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Chinta Mata terletak di Daerah Tenom, Sabah. Berdasarkan kedudukan peta daerah Tenom, sekolah ini terletak di antara Pekan Tenom dan Kemabong. Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan daerah Tenom kira-kira 2, 238 KM2 atau 930 batu persegi.
Sekolah ini ditubuhkan atas nama
Sekolah Menengah Kebangsaan Chinta Mata dan mula beroperasi pada 03 Januari
2011 dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Chinta Mata.
Pendaftaran pelajar ambilan pertama telah diadakan pada 31 Disember 2010
bertempat di kantin SK Chinta Mata. En. Jack Jatil Junggok selaku pengetua yang
pertama mengendalikan sendiri sesi pendaftaran pelajar baru bersama En. Joseph
Sani yang merupakan guru kedua selepas pengetua yang ditukarkan ke SMK Chinta
Mata sebagai Ketua Bidang Bahasa (perlantikan telah diubahsuai sebagai PK
KOKUM) dan dibantu oleh dua orang sukarelawan, iaitu Cik Merilyn Jack dan Cik
Beatricia Jack.
Pelajar ambilan pertama berjumlah 60
orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari SK Chinta Mata, SK Sapong, SK
Bamban, dan SK Sg. Api. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di dalam tiga kelas,
iaitu kelas tingkatan 1 UMS, 1 UKM dan 1 USM. Pada hari pertama persekolahan,
SMK Chinta Mata telah dipantau oleh Puan Hjh. Maimunah Hj. Suhaibul, Timbalan
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Puan Indang Kasi Hj. Sibin, KPP SPS, JPNS
diiringi oleh En. Ajmal Hj. Jumah, Pegawai Pelajaran Daerah Tenom bersama-sama
En. Matussin Balang, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tenom.
Pada hari pertama, En. Muhd. Zuhairi
Abdullah selaku Penolong Kanan Pentadbiran, En. Jakaria Aneh selaku Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Puan Irene Josie Sambang (guru KBSM) telah
melapor diri menjadikan bilangan guru pada hari pertama seramai 5 orang dengan
murid berjumlah 60 orang. Sebagai usaha untuk menampung kekurangan guru, pihak
sekolah telah menerima khidmat 4 orang guru-guru pelatih Universiti Malaysia
Sabah di bawah program PLUMS. Mereka terdiri daripada En. Sani Ag. Ali (Sejarah
& Geografi), En. Dominik Yasin (PJK dan Kejurulatihan), Pn. Rosmie Jack
Jatil (TESL) dan Pn. Melda Jack Jatil (TESL).
Pada 07 Februari 2011 tiga orang
Guru Sandaran Terlatih (GST) melapor diri. Mereka ialah En. Ronie Antigang
(Matematik & Sains), Cik Fidelia Vincent (TESL) dan Ustazah Norliza Bt
Ramli (Pendidikan Islam). Pada 16 Februari 2011, En. Mohd. Zain pula melapor
diri sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Sekolah juga telah menerima dua anggota
kakitangan sokongan, iaitu Pn. Hasnah Hj. Rithaudin (N17) dan Mary Jane Jeefre
(C17).
Sekolah ini merupakan sekolah
menengah yang ke-6 di daerah Tenom. Kod Sekolah XEA1222. SMK Chinta Mata telah
berpindah ke bangunan sendiri yang terletak kira-kira 2KM dari Pekan Tenom dan
merupakan sekolah menengah yang mempunyai reka bentuk yang menarik di daerah
Tenom.
LOGO SEKOLAH
SCHOOL OF THE FUTURE
LENCANA
SMK CHINTA MATA
1. Perisai
melambangkan benteng pertahanan yang digunakan oleh warga sekolah untuk
menangkis serangan gejala yang tidak sihat seperti ancaman dadah, budaya
kuning, pengaruh negatif ICT dan seumpamanya.
2. Bulan
dan bintang melambangkan agama rasmi Negara Malaysia.
3. Rantai
merupakan simbol perpaduan warga SMK Chinta Mata yang terdiri daripada
berbilang bangsa, budaya dan agama hidup dalam suasana aman dan harmoni.
4. Buku,
komputer, jangka lukis geometri, sijil, topi dan atlet berobor melambangkan
visi dan misi sekolah untuk melahirkan pelajar peneraju kecemerlangan dalam
bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
5. Warna
hijau muda melambangkan golongan generasi muda (pelajar) yang sentiasa siap
sedia menimba ilmu pengetahuan.
6. Warna
kuning melambangkan institusi raja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
7. Warna
hijau melambangkan alam sekitar dan komitmen warga SMK Chinta Mata memelihara
dan memulihara keindahannya secara berterusan.
8. Warna
merah melambangkan keberanian dan kekuatan yang diamalkan oleh warga SMK Chinta
Mata bagi mengharungi rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
9. Warna
biru melambangkan kesetiaan dan rasa cinta warga SMK Chinta Mata terhadap sekolah.
10.Perkataan Berilmu, Muafakat , Beriltizam
merupakan pernyataan yang menggambarkan kesungguhan serta sumpah setia warga
SMK Chinta Mata untuk mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Visi dan Misi
sekolah seperti yang dilafazkan.
11. Motto sekolah adalah SCHOOL OF THE
FUTURE
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM
SMK CHINTA MATA TENOM
PELAJAR
·
Memberi ilmu pendidikan
berkualiti dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
·
Berusaha menyediakan kemudahan
pembelajaran sehingga menjadikan sekolah ini pilihan utama para pelajar dan
ibu bapa.
·
Memberi peluang kepada setiap
pelajar mengembangkan potensi positif untuk mempertingkat keterampilan
pelajar melalui aktiviti kokurikulum
dan pembangunan insane ke peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
·
Bersedia membantu pelajar yang
memerlukan bantuan persekolahan.
·
Memberi tempat yang lebih
kondusif dan selamat kepada pelajar.
·
Menyediakan dokumen Sijil
Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan 1 minggu selepas tamat persekolahan.
|
GURU DAN STAF
·
Mengurus kebajikan guru dan staf
sokongan berkaitan perkhidmatan.
·
Menyediakan peluang
latihan/kursus pembangunan diri menerusi program Latihan Dalam Perkhidmatan
sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
·
Menggalakkan guru menyertai
kursus anjuran KPM untuk pembangunan diri dan organisasi dari semasa ke
semasa.
·
Menggalakkan guru menyediakan dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran.
·
Memastikan surat atau edaran guru
dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat.
·
Menyediakan prasarana ICT yang
mencukupi dan berfungsi.
|
IBU BAPA
·
Menjaga keselamatan dan kebajikan
murid sepanjang persekolahan mereka.
·
Melaporkan perkembangan akademik
dan sahsiah murid dari semasa ke semasa.
·
Mengadakan mesyuarat/perjumpaan
dengan ibu bapa/wakil ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
|
STAKEHOLDER
·
Melaksanakan dasar-dasar yang
telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
·
Mengambil tindakan kepada semua
urusan/aduan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia
menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.
|
VISI DAN MISI
VISI
SMK
CHINTA MATA KOMITED MENJADI SEKOLAH PENERAJU KECEMERLANGAN AKADEMIK
KO-KURIKULUM
DAN SAHSIAH MURID
DI
PPD TENOM
MENJELANG
TAHUN 2015
MISI
MENJANA
PENDIDIKAN BERKUALITI
UNTUK
MELAHIRKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA
BERLANDASKAN
ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
Subscribe to:
Posts (Atom)