Saturday 28 February 2015

MESYUARAT AGONG PIBG 2015

Tarikh : 28/2/2014
Tempat : Dewan SMK Chinta Mata







Friday 21 November 2014

Hari Pelaporan PBS Tingkatan 3


Hari pelaporan PBS tingkatan 3 diadakan pada 20/11/2014 (Khamis) . Program bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan ucapan Tuan pengetua, En Mail Bin Suanda .




Program diteruskan dengan penyerahan keputusan Pentaksiran sekolah (PS) , PJSK dan Piskometrik.



Tahniah kepada mereka yang berjaya dan yang kurang memuaskan cuba lagi di tingkatan 4 kerana bayak lagi peluang dan cabaran dihadapan.


Murid mengambil buku teks tingkatan 4 supaya dimasa cuti sekolah mereka tidak membazirkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan seterusnya memudahkan mereka belajar di rumah.



Wednesday 19 November 2014

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2015

Pendaftaran bagi tingakatan satu diadakan pada 19/11/2014 (rabu) telah berjaya di jalanakan dengan jayanya. Program ini dimulakan dengan pendaftaran murid-murid baru tingkatan satuyang mana mereka dari SK Chinta Mata, SK Sungai Api , SK Ladang Sapong SK Masanoi dan Sekolah rendah yang berdekatan.




Seterusnya diteruskan murid-murid menduduki ujian dan pembelian kelengkapan persekolahan di koperasi sekolah.


Seterusnya taklimat yang disampaikan oleh pengetua SMK Cinta Mata, Cikgu Mail bin Suanda, PK Hem Cikgu Jakaria Aneh dan PK Kokum Cikgu Joshep Sani. Seterusnya Taklimat dari unit disiplin oleh Cikgu Akhyari Bin Khalid.

Selepas selesai taklimat mrid-murid diberi buku teks supaya mereka dapat membuat persediaan sebelum sesi persekolahan bermula tahun hadapan.

 Diharap murid -murid ini dapat menanam semangat untuk berjaya dan membawa harapan ibu bapa untuk menjadi insan yang berguna dan berilmu.

Tuesday 28 October 2014

LAGU SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

              


            Sekolah Menengah Kebangsaan Chinta Mata terletak di Daerah Tenom, Sabah. Berdasarkan kedudukan peta daerah Tenom, sekolah ini terletak di antara Pekan Tenom dan Kemabong. Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan daerah Tenom kira-kira 2, 238 KM2 atau 930 batu persegi.

          Sekolah ini ditubuhkan atas nama Sekolah Menengah Kebangsaan Chinta Mata dan mula beroperasi pada 03 Januari 2011 dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Chinta Mata. Pendaftaran pelajar ambilan pertama telah diadakan pada 31 Disember 2010 bertempat di kantin SK Chinta Mata. En. Jack Jatil Junggok selaku pengetua yang pertama mengendalikan sendiri sesi pendaftaran pelajar baru bersama En. Joseph Sani yang merupakan guru kedua selepas pengetua yang ditukarkan ke SMK Chinta Mata sebagai Ketua Bidang Bahasa (perlantikan telah diubahsuai sebagai PK KOKUM) dan dibantu oleh dua orang sukarelawan, iaitu Cik Merilyn Jack dan Cik Beatricia Jack.

           Pelajar ambilan pertama berjumlah 60 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari SK Chinta Mata, SK Sapong, SK Bamban, dan SK Sg. Api. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di dalam tiga kelas, iaitu kelas tingkatan 1 UMS, 1 UKM dan 1 USM. Pada hari pertama persekolahan, SMK Chinta Mata telah dipantau oleh Puan Hjh. Maimunah Hj. Suhaibul, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Puan Indang Kasi Hj. Sibin, KPP SPS, JPNS diiringi oleh En. Ajmal Hj. Jumah, Pegawai Pelajaran Daerah Tenom bersama-sama En. Matussin Balang, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tenom.

            Pada hari pertama, En. Muhd. Zuhairi Abdullah selaku Penolong Kanan Pentadbiran, En. Jakaria Aneh selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Puan Irene Josie Sambang (guru KBSM) telah melapor diri menjadikan bilangan guru pada hari pertama seramai 5 orang dengan murid berjumlah 60 orang. Sebagai usaha untuk menampung kekurangan guru, pihak sekolah telah menerima khidmat 4 orang guru-guru pelatih Universiti Malaysia Sabah di bawah program PLUMS. Mereka terdiri daripada En. Sani Ag. Ali (Sejarah & Geografi), En. Dominik Yasin (PJK dan Kejurulatihan), Pn. Rosmie Jack Jatil (TESL) dan Pn. Melda Jack Jatil (TESL).

            Pada 07 Februari 2011 tiga orang Guru Sandaran Terlatih (GST) melapor diri. Mereka ialah En. Ronie Antigang (Matematik & Sains), Cik Fidelia Vincent (TESL) dan Ustazah Norliza Bt Ramli (Pendidikan Islam). Pada 16 Februari 2011, En. Mohd. Zain pula melapor diri sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan. Sekolah juga telah menerima dua anggota kakitangan sokongan, iaitu Pn. Hasnah Hj. Rithaudin (N17) dan Mary Jane Jeefre (C17).


         Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang ke-6 di daerah Tenom. Kod Sekolah XEA1222. SMK Chinta Mata telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak kira-kira 2KM dari Pekan Tenom dan merupakan sekolah menengah yang mempunyai reka bentuk yang menarik di daerah Tenom.

LOGO SEKOLAH


SCHOOL OF THE FUTURE

LENCANA SMK CHINTA MATA

1.     Perisai melambangkan benteng pertahanan yang digunakan oleh warga sekolah untuk menangkis serangan gejala yang tidak sihat seperti ancaman dadah, budaya kuning, pengaruh negatif ICT dan seumpamanya.
2.     Bulan dan bintang melambangkan agama rasmi Negara Malaysia.
3.    Rantai merupakan simbol perpaduan warga SMK Chinta Mata yang terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama hidup dalam suasana aman dan harmoni.
4.     Buku, komputer, jangka lukis geometri, sijil, topi dan atlet berobor melambangkan visi dan misi sekolah untuk melahirkan pelajar peneraju kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
5.  Warna hijau muda melambangkan golongan generasi muda (pelajar) yang sentiasa siap sedia menimba ilmu pengetahuan.
6.     Warna kuning melambangkan institusi raja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
7.    Warna hijau melambangkan alam sekitar dan komitmen warga SMK Chinta Mata memelihara dan memulihara keindahannya secara berterusan.
8.    Warna merah melambangkan keberanian dan kekuatan yang diamalkan oleh warga SMK Chinta Mata bagi mengharungi rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
9.     Warna biru melambangkan kesetiaan dan rasa cinta warga SMK Chinta Mata terhadap sekolah.
10.Perkataan Berilmu, Muafakat , Beriltizam merupakan pernyataan yang menggambarkan kesungguhan serta sumpah setia warga SMK Chinta Mata untuk mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Visi dan Misi sekolah seperti yang dilafazkan.

11.     Motto sekolah adalah SCHOOL OF THE FUTURE