Tuesday 28 October 2014

PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM
SMK CHINTA MATA TENOM


PELAJAR
·         Memberi ilmu pendidikan berkualiti dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
·         Berusaha menyediakan kemudahan pembelajaran sehingga menjadikan sekolah ini pilihan utama para pelajar dan ibu bapa.
·         Memberi peluang kepada setiap pelajar mengembangkan potensi positif untuk mempertingkat keterampilan pelajar melalui aktiviti kokurikulum  dan pembangunan insane ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
·         Bersedia membantu pelajar yang memerlukan bantuan persekolahan.
·         Memberi tempat yang lebih kondusif dan selamat kepada pelajar.
·         Menyediakan dokumen Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan 1 minggu selepas tamat persekolahan.

GURU DAN STAF
·         Mengurus kebajikan guru dan staf sokongan berkaitan perkhidmatan.
·         Menyediakan peluang latihan/kursus pembangunan diri menerusi program Latihan Dalam Perkhidmatan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
·         Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM untuk pembangunan diri dan organisasi dari semasa ke semasa.
·         Menggalakkan guru menyediakan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
·         Memastikan surat atau edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat.
·         Menyediakan prasarana ICT yang mencukupi dan berfungsi.
IBU BAPA
·         Menjaga keselamatan dan kebajikan murid sepanjang persekolahan mereka.
·         Melaporkan perkembangan akademik dan sahsiah murid dari semasa ke semasa.
·         Mengadakan mesyuarat/perjumpaan dengan ibu bapa/wakil ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

STAKEHOLDER
·         Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
·         Mengambil tindakan kepada semua urusan/aduan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.

No comments:

Post a Comment